♥ بسم الله الرحمن الرحيم ♥

Thursday, June 26, 2014

Jalan jalan je hehe (Anugerah NADI Negara)

Assalamualaikum, alhamdulillah syukur . Akhirnya abes jugak final exam tuk sidang ni . Sedar tak sedar , sekejap ja masa berlalu kan? dah nak habis dah zaman bergelar freshie or first year ni , hehe . Sidang depan jadi senior la pulak. hehe -

Exam - biasa la , ada senang ada susah . Exam kalau semua senang macam pelik je kan . hehe . Apa apa pon aku dah try buat yang terbaik , dah penat dah berhempas pulas, tido tak cukup tu normal , makan tak menentu tu biasa . hehe . yang pasti, time exam ramai yg insomnia .

Tapi,




Tapi?




Tapi ?




haha , dalam dok berhempas pulas tu, tido tak cukup la , makan tak menentu, ada sorang budak tu dan lagiiii pi berjalan masa exam mode on . hehe . Ala, time tu gap 4 hari . setakat pi sehari je , tak terjejas kottt ( ayat wat sedap hati) kes nak berjalan punya pasal.hehe



OK , dalam masa gap 4 hari tu , aku ngan Ifah n Fath (bukan nama sebenar) hehe join satu event ni , under #MPPUSM , (tenkiu abg wan sebab ajak) . Anugerah Nadi Negara , bertempat di Premiera Hotel  , KL ( depan jalan TAR, tepi sogo) haha . Kami ni pi sebagai penyokong n jemputan tuk memeriahkan suasana jaa . hehe . Btw , walaupun pergi tak sampai 24jam (motif sangat) hehe . yela sebab bertolak kul 12am Ahad , kul 10 malam Ahad dah sampai usm balik hehe tapi rasa happening sangattt sebab semua sporting .


First pagi tu (subuh subuh) kiteorang sampai kat R&R jejantas sg buluh kalau tak silap laaa . hehe . sampai kat situ semua pakat urus diri, mandi n solat subuh , sarapan then teruskan perjalanan--> terus pi event tu . hehe , APEX tak APEX nya student usm ni , kami sampai awai gila kot . haha , time tu orang dok kalut susun meja la, dok kalut berlatih menari la . Takpa , janji kami tak lewat . Biar awal takpa, asal jangan lewat kan? hehe .


pastu , event pon start . woww happening jugak ye . aku ingatkan majlis formal yang kena dengar talk panjang panjang , rupanya majlis santai santai ja . Formal pon time VIP mai jaa . hehe , sapa VIP tu? semua orang kenal diaaa, tak kenal saja la kan ? She is Datin Seri Rosmah Mansur . Kecik je orangnya , first time aku tengok live . hehe .Tak dinafikan, orangnya pon sporting.




oke, now nak tepuk tangan kuat kuat and a big congratulation to akak #MARLINASALLEH yang merupakan wakil USM sebagai penerima Anugerah Nadi Negara . tahniah akak ! Kecik manis ja orangnya . baik pulak tuu. Apa apa pun tahniah dan selamat ber'graduation' yer bulan 11 nanti :)


Sekarang nak tepuk tangan lagi tuk wakil YDP USM abg
#ShafiqKamaruddin merangkap YDP MPPK jugak . tahniahhh dan terima kasih sebab menjemput kami , dua bijik bas lagi tu mai. U lain sebijik bas je . hehe . thanks YDP sebab sporting jugak orangnya . #proudtobeUSMrians:)



Okeee ni diaaaa gambaq gambaq yang sempat di'selfie' bersama mereka mereka ni hehe





Yang tudung merah bunga bunga tu la kak #MarlinaSalleh . manis kan?
Yang tudung merah kosong tu kak Yulfa , manis jugak orangnyaa. Haa yang tiga orang tu ehem kenal2 je la noh hehe


ni pulak ngan abang #ShafiqKamaruddin YDP MPPUSM yang sporting!
selfie sikit abg shafiq , haha 




                         







zila n fath

dengan abg HH
dari kiri : Naabella, Sarabanon n Kakleha haha



Shahmiey @ budak hyperactive bermonopod . haha



dengan abg wan n abg jay n dengan shahmiey lagiii mangsa pegang fon . hehe



Oke , tup tup perot pon dah kenyangg kan , makanan pon sedap . hehe makaseh yer . hehe . free pulak tuuu . hehe . Sekarang time yang ditunggu tunggu . haha especially orang perempuan macam orang tuuu(ehem terasa sikit) . Time to shopping and jalanjalan hehe. Alaaa , bukan nak shoppping sangat pon, cuci cuci mata jaa .tapi kalau berkenan sambar jugak sepasang dua hehe . biasa lettew kan ? (ke tak biasa? haha)


Aku, Ifah and Fath tak shopping sangat pon. hehe (jgn percaya sgt) . kami dok mencuci mata je lebih . haha . tapi sempat jugak aku beli baju kurung 2 pasang . Asal pi jalan TAR je, tak kira la ngan family ke, kawan ke, mesti beli baju kurung . sebab murah kottt . hehe beli tuk tukar tukar pakai p kelas . So bertambah lagi la koleksi baju kurung jalan TAR aku . haha motif sangat . 



macam kat korea pulak , Fefeeling oversea gittew hihi

Park Shin Zila Kpop bersama peminat tegar . haha


Fath , aku n Ifah . sengih dapat shopping hahaha
btw, thanksss shayang teman aku :)




hehe , puas la dapat shopping ? jalan jalan ? hehe puas la jugak . Dapat release tension jap kan . padahal time ni esok lusa tu exam . dua paper pulak, subjek hardcore boleh tahan jugak laa . hehe tapi wat wat lupa kejap time ni. hehe.

Oke, petang tu . kami bertolak balik . sunyi sepi ja dalam bas . haha semua orang tidoq kot !! letih sangat gayanyaa haha ataupun ngah cas energy tuk balik study nanti. haha . Aku yang terjaga time tu tengok ja muka sorang2 tido . haha comel2 semuanya (muka letih yer) . Btw ,  Alhamdulillah kami selamat sampai usm balik pukul 10 malam . haa kan dah kata tak sampai 24jam pon hehe--


Alhamdulillah, aku pon dah selesai jawab exam . berakhir dah sem dua (1 sidang) kat usm . masa tengah taip ni, aku dah pon siap kemas semua barang barang yg nak bawak balik rumah esok . hehehe . 

Selamat tinggal MO3-06-35
sidang depan bilik baruuuuu ( mengadap ivory) hehe

______________________





Apa apa pon, dikesempatan ni aku nak menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai ada salah dan silap. Tak lama lagi nak puasa dah . Ya Allah, semoga kita semua diberi kesempatan bertemu Ramadhan. Seronok tu seronok jugak , jangan lupa perbanyakkan amal ibadat #pesanpadadiri
InshaAllah, semoga berkat ibadah kita semua . Emm , tiba tiba teringat tentang kes Adik Firdaus yang dikurung sampai tinggal tulang tu . 

ALLAH
tergamam
tak percaya
dan tersentuhsangat hati ni
tengok keadaan dia
T__T

Aku tetap tak boleh terima adik Firdaus diperlakukan sampai macam tu. Kesian dia ya Allah.. Tapi kuasa Allah tu Maha Besar. Hanya Allah yang tahu sejauh mana kebenarannya kes ni , hanya DIA yg layak menghukum . Semoga orang yang bersalah tu dapat balasan yang setimpal dengan apa yang dia dah buat. 


Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Salam Ramadhan Kareem buat semua umat Islam .

Salah dan silap harap dimaafkan,
Sesungguhnya aku hanya insan kerdil,
tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Assalamualaikum -



























Friday, June 13, 2014

Kunjungan ke Rumah Anak Anak Yatim Pulau Pinang

Assalamualaikum . Dah lama sangat rasanya tak update blog ni . Mungkin sebab kesempatan masa tu tiada, kalau ada pun tak dihabiskan di sini. Sekarang pun sebenarnya tengah mood exam , tapi disebabkan gap sampai seminggu, so curi2 update blog. hehe

Kali ni, nak bercerita tentang pengalaman manis yang dilalui . mungkin biasa pada pandangan orang lain, tp bagi aku, kenangan ni akan aku ingat sampai bila bila . Sebab ni la pengalaman pertama aku berkunjung ke rumah anak anak yatim dan bermesra dengan mereka. Sebelum ni, kalau buat kerja kebajikan pon, kat masjid, kat kampung2 . Oke , sebenarnya program yang ak sertai ni program under KELAB PENYAYANG USM13/14 . tenkiu kelab Penyayang sebab anjurkan program macam ni . 


Dekat rumah anak yatim ni laa aku berkenalan dengan seorang adik ni , nama dia Siti Solehah, umurnya 13 tahun . Mula mula tu, dia malu malu . Tanya sepatah pun jawab sepatah . hehe . Yala, aku pon kalau orang tak kenal, segan jugak kan . tapi lepas tuuu lama lama malu dia dah hilang . Kami mula bersembang . Macam macam dia tanya aku , nama ofcuz la dia tanya . belajar apa kat u , asal mana , umur brapaaa , dah ada boipren ka belom , ehh adik ni haha n byk lagi laa. hehe . Pastu, aku pon tanya jugak diaaa byk soalan.. Dia pon cerita , dekat rumah anak anak yatim tu dia duduk tiga orang, dia ada adik lagi dua org .. dia cerita pasal family dia , masa dia cerita tuu emm sayu dalam hati aku ni , tapi aku cuba tahan, control sgt sebab nanti kalau aku sedih, dia mesti lagi sedih . 

Entah kenapa, aku rasa happy sangat dapat kenal dia . Mungkin sebab aku takdek adik.. Dia baik, sopan santun..manja. hehe. Dia panggil aku Kak Zila . hehe . Ak suka sangat orang panggil aku kakak . Rasa macam aku ada adik adik . hehe walaupun bukan adik kandung.. 


Bila aku dah kenal dia, dengar cerita dia.. Allahu, aku rasa sayuu . Aku mula muhasabah diri aku.




Allah,
Begitu besar nikmatMu padaku. Aku bersyukur sangat sangat Ya Allah.. 




Aku masih punya ibu bapa yang mencintaiku,

keluarga yang menyayangiku dan
insan insan sekeliling yang mengasihiku.



Sedangkan,
Ada insan yang telah rasa peritnya kehilangan
rasa sakitnya perpisahan

dan
rasanya nyilunya kerinduan yang terpaksa ditanggung


Allah,
Aku rasa bahagia,
bahagia dapat hiburkan hati mereka walaupun sekejap cuma.



Sekurang kurangnya masih ada tawa yang kedengaran dan
masih ada mata yang bersinar keriangan..


Masa nak otw balik tu , perasaan ni jadi lagi sedih.. Bila adik Soleha peluk aku dan cium pipi aku..

''Akak, nanti datang la sini lagi. Soleha sayang kak Zila"

Allahu.. Aku pun sayang dia.. Cepat betul Allah hadirkan perasaan syg ni, mungkin sebab dia ni istimewa bg aku, walaupun baru pertama kali bertemu..

InshaAllah adik . Akak janji . Bila ada kesempatan lagi, akak akan pergi lagi kat sana. Memang niat hati ni, nak pergi lagiii.. 



Semoga Allah makbul niat hati aku ni. Amin--




Aku dengan Adik Soleha :)

Nota dari adik Soleha tuk kak zila :)







Gambar ramai ramai :)


Alhamdulillah, program ni berjaya .. Sesungguhnya, kalau ada lagi program macam ni, aku takkan teragak agak nak join lagi.. Sekurang kurangnya program macam ni sedikit sebanyak dah mampu buat kita bermuhasabah diri seketika dan bersyukur dengan nikmat Allah pada kita .



Kita selalu rasa kita yang paling susah,
sedangkan ada lagi yang lebih susah hidupnya berbanding kita
Kita selalu rasa kita adalah orang paling banyak terima ujian dari Allah


sedangkan ada orang yang ujian hidupnya lebih  besar lagi dari kita..






Bila kita di atas, ingat masih ada lagi insan yang di bawah

Bila kita senang, ingat itu semua rezeki dari Allah


dan bila bila masa saja Allah berhak tarik nikmat tu..




Sesungguhnya aku juga manusia biasa, tak lepas dari melakukan kesilapan..
Sama sama kita perbaikinya.InshaAllah..









Allah, maafkanku-


Wednesday, April 9, 2014

Impian Tercapai

Impian tercapai .




Alhamdulillah . Allah bagi jugak kesempatan untuk aku bertemu seseorang yang aku menyukai setiap karya seninya .

Siapa ?


Dialah HAFIZ HAMIDUN .

Aku ni sangat sangat dan sangat la menyukai/minat karya seni dia yang berkonsepkan islamik . Zikir/nasyid .. semuanya tenang didengar dan meninggalkan kesan di hati ini.

Oke, meh nak ceritaaaa . Mula mula taktau pun Hafiz Hamidun nak mai untuk wat persembahan masa program USMEC kat usm . dah last2 tu baru taw . Apa lagiiii , excited lebih la nak pi tengok/dengar real .


oke, tak mau cakap banyakkkk . yang pasti rasa puas la jugak dapat tengok live . hehe


Taraaa , ni la dia Hafiz hamidun . kecik jaaa orangnya . hehehe



Tarraaaa , dapat pun gambar dengan HH .



Btw , aku hanya minat dia sekadar minat . tidak la minat sampai simpan dalam hati . Dia ni pandang aku pon tidakkk . HAHA ni nak gelak , eh eh kejap kejap . sapa kata dia tak pandang ? hehehe . dan jugak sembang ngan dia 5-10 saat . so kira dia respon jugak la , HAHAHA . melampau kau zila . 

Apa apa pun, tahniah ya saudara HAFIZ HAMIDUN . semoga terus istiqamah dalam menyampaikan dakwah . 




p/s .. ehem sebenarnya zila ada beli 3 album HH ni . zikir terapi 1 zila beli dua , zikir terapi 2, zila beli satu .. dua tu untuk zila sendiri then actually yang lagi satu tu nak bagi kat seseorang.. tapi, segan laa nak bagi kat dia . biarlaaa , simpan sampai tiba waktu yang sesuai, kalau ditakdirkan hadiah tu jadi milik dia, dia akan dapat jugak kan hadiah tu? buat masa ni zila simpan ja dulu . korang nak ? hai, mana bole. hehe

tak kira . nak jugak .

eh ?

macam tu pon bole naa . hihi

ok  . ok

kalau nakkkkkk '' KLIK sini sebab saya nak beli jugakkkk hehehe ''


dah klik ? okeeee done!  , siap ada promotion lagi kan ? :)






Sincerely ,
zilaaziel







Tuesday, February 4, 2014

CINTA HATI

Kasih IBU membawa ke syurga , Kasih BAPA kekal selamanya 


Ungkapan yang begitu membawa maksud yang mendalam. Tanpa ibu, tanpa bapa, siapalah kita di dunia ni . Bahkan , kita takkan wujud dengan sendirinya tanpa mereka . Allah , besar sungguh jasamu duhai IBU , duhai BAPA..


BAPAku.. 

yangku panggil abah adalah lelaki yang palingku sayang di dunia ini. Abah seorang yang begitu penyayang . Seingat ku , sehingga sekarang belum pernah tangan kasarnya hinggap di tubuhku . Abah tidak pernah mengasariku , apatah lagi memukulku . tegurannya adalah kata kata dan nasihat yang sangat berguna , Kata katanya sudah cukup mendidikku sehingga sekarang. Abah tidak pernah berkira dengan ku , sentiasa menurut kemahuan ku . Apa saja yang terbaik buat aku, akan dia tunaikan. Walaupun keluargaku bukanlah daripada kalangan keluarga berada, namun kami bahagia dalam sederhana. Abah mengajar aku apa itu kesederhanaan. Kami tidak berada, tapi kehidupan kami bahagia.Begitu besarnya jasamu abah . Penat lelahmu bekerja mencari rezeki untuk aku sekeluarga sehingga aku tidak pernah merasa peritnya kesusahan. Penat lelahmu berjaya mendidikk kakak, abang abang ku dan aku sehinnga ke menara gading.Terima kasih , abah .

Abah, pernah suatu ketika, terdetik di hatiku sebuah persoalan, 

Adakah ada lelaki sejati yang sanggup menjagaku seperti kau membesarkan aku? seperti kau menjaga ibu? seperti kau mencintai ibu? Ya Allah, moga moga suatu hari nanti akan ku temui lelaki sejati yang mencintaiku lebih dari dirinya . amin


IBU..

Yang ku panggil mak, adalah ibuku yang terbaik di dunia . YA, semua anak akan mengatakan perkara yang sama terhadap ibu masing masing. Begitu juga diriku..Ibuku adalah wanita yang sangat tabah hatinya, paling kuat jiwanya, paling kental semangatnya. Ya Allah , ibuku adalah segalanya . Dia sentiasa ada di sisi kala aku tiada teman mengadu. Dialah tempat aku bermanja..

Ya Allah, tidak dapat ku tahan sebaknya perasaan,jiwa dan hati ini apabila mengetahui ibuku disahkan doktor menghidap kanser. Ya Allah, luluh hatiku, lelah setiap langkah ku , rapuh semangatku.. itu aku, apatah lagi perasan ibuku yang menanggungnya. Allah.......... hanya Tuhan yang tahu..

Masih aku teringat ketika itu, ibu tidak dapat menerima kenyataan.. semangatnya hilang. yang ada di fikiran ibu ketika itu adalah kematian. Ya Allah, luluh hatikuuu . Aku perlu bangkit, aku tidak boleh menunjuk kepiluan hatiku pada ibu , ibu perlu kuat , ibu perlu semangat untuk meneruskan kehidupan. Aku perlu mengembalikan semangatnya, aku perlu mengembalikan senyuman di wajahnya , aku perlu buat dia tahu kematian tidak mengenal usia,waktu dan penyakit..Aku perlu buat dia tahu, abah, kakak, abang dan aku sentiasa menyokongnya..

Ya Allah, besarnya dugaanmu pada keluargaku.. Ya Allah, hanya Kau yang tahu betapa peritnya hati yang menanggung.. Tapi aku sedar, Tuhan takkan uji seseorang itu, kalau dia tidak mampu. 


Aku tahu ibuku mampu menghadapinya . Alhamdulillah, syukur ya Allah, hari hari yang dilalui ibuku semakin ceria , semakin besar semangatnya meneruskan kehidupan, semakin kental hatinya menghadapi dugaan. Alhamdulillah, itu yang aku mahu . Walalupun aku tahu ibu sentiasa menyembunyikan kesedihannya . Sekurang kurangnya aku masih mampu melihat senyumannya. 


Aku masih teringat akan suatu peristiwa yang berlaku antara aku dan ibu. Peristiwa yang begitu berbekas di hatiku walaupun peristiwa itu telah hampir tiga tahun berlalu, ianya tetap subur di mindaku.


Ketika itu, aku,ibu dan abah mengerjakan umrah di tanah suci. aku dan ibu mengerjakan tawaf bersama sama, selesai mengerjakan tawaf, aku dan ibu sama sama duduk di atas lantai tawaf sambil berdoa di hadapan Kaabah . Dan ketika aku kusyuk merenung Kaabah yang tersergam indah, tiba tiba ibu meletakkan tangannya di kepalaku , ibu mengusap ngusap lembut kepalaku , kemudian ibu berdoa kepada Allah. masih teringat ingat bait bait perkataan yang keluar dari bibirnya ketika itu, sayu ibu berdoa dan berbisik di telingaku,doa ibu agar aku menjadi anak yang taat,mendengar kata,solehah.. Ya Allah, begitu sayu perasaanku ketika itu . Aku melihat ibu, tak tertahan sebaknya ,menitis air mataku mendengar doa ibu ketika itu. Ya Allah, begitu bermaknanya peristiwa yang telah aku lalui bersama ibu..



Masjidil Haram





Demi Allah , aku berjanji akan menjaga kedua ibu bapaku. aku ingin membalas jasa mereka. Aku ingin membuat mereka tersenyum bangga memiliki aku. Ya Allah, kau panjangkanlah usia ibu dan bapaku . kau sembuhkanlah penyakit ibuku. Berikanlah kesihatan yang baik kepada mereka. Sesungguhnya dugaanmu itu begitu besar..


Cinta Hati Dunia Akhirat


Sahabat,

Bertuah sungguh kita yang masih punya ibu dan bapa..Bayangkan mereka yang telah kehilangan ibu bapa di luar sana? Ya Alah.. Bagaimana pula mereka yang langsung tidak memiliki peluang menatap wajah ibu dan bapa sejak dilahirkan? Allah, bertuahnya kita... Ibu dan bapa masih ada di hadapan mata..

Ya Allah, aku takkan sia siakan peluang itu. Aku ingin menjadi anak yang baik.

Ya Allah , jauhkanlah kami daripada menjadi anak derhaka (nauzubillah)..

Hargailah ibu dan dan bapa ketika Tuhan masih memberi peluang itu kepada kita. Sesungguhnya ibu dan bapa adalah ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI kepada kita hambaNya..

Alhamdulillah , ya Allah.. 

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah....


Kau sentuh hatiku untuk menulis nukilan ini.

Moga moga kita semua sentiasa menjadi anak yang soleh dan solehah kepada kedua ibu bapa kita . amin .

Sebelum mengakhiri nukilan ini, aku ingin berkongsi tentang sebuah lagu yang begitu mengusik jiwa nurani ku, yang mampu menitiskan air mataku, yang mampu membuat aku teringat akan dosa dosa ku pada kedua ibu bapaku. Allah, kerdilnya hambaMu ini..

LAFAZ YANG TERSIMPAN-unic

sebuah lagu yang begitu bermakna dan menyentuh kalbu..




Luluh hatiku yang sayu

Menatap wajahmu tenang dalam lena

Kasih zahirkan laku

Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya



Dan raut tuamu membekas jiwaku

Meredakan rindu mendamaikan kalbu

Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu

Biarpun kuredah seluruh dunia

Mencari gantimu


Betapa sukarnya menyusun bicara

Meluahkan rasa menuturkan sayang

Kasih yang terlimpah hanya sekadar

tingkah

Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia



Masih kubiarkan waktu

Melarikan lafaz kasihku padamu



Mengapakah sukar menyusun bicara

Meluahkan rasa menuturkan sayang

Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar

tingkah

Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia


Apakah yang hilang andai dilisankan

Bait penghargaan penuh kejujuran

Tak mungkin terlihat cinta yang merona

Jika hanya renungan mata yang bersuara

Bukan tutur kata


Tiada lagi ertinya pengucapan

Andai akhir nafas di hujung helaan

Sebelum mata rapat terpejam

Usah biar kehilangan

Menggantikan lafaz yang tersimpan


Sayu bukan liriknya? :(


Sahabat, 
Redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa . 
semoga kita semua sentiasa tergolong dalam golongan mereka yang mentaati kedua ibu bapa.amin


sekian.
nukilan hati seorang ANAK.










Monday, February 3, 2014

KISAH JODOH BERDUA








Jika cinta mampu untuk ku lukiskan 
Garisannya penuh dengan pengharapan 

Sentiasa dalam doaku 

Menyimpan rasa ingin bertemu 

Insan yang masih rahsia 
Dan teristimewa 

Pencarianku kini telah berakhir 
Detik bahagia kini telah pun hadir 
Sungguh aku percaya 
Ketentuan Yang Esa 
Jodoh berdua begitulah takdir 

Yang terlihat kini hanya anugerah 
Dan melafazkan janji yang terindah 
Bersedialah menunggu di garis penghujung 
Insya Allah ke syurga 
Bersatu kasih kita



JIKA CINTA MAMPU UNTUK KU LUKISKAN akan ku lakar ia agar menjadi lukisan paling indah . Sentiasa damai di pandangan mata juga di pandangan hati. Akanku warnainya dengan warna warna pelangi, agar ia mekar mewarnai setiap genap penghidupan..setiap GARISANNYA PENUH DENGAN PENGHARAPAN , harapan yang setiap insan inginkan. jika diberi pilihan, cinta yang diinginkan adalah cinta yang berakhirnya ke syurga hakiki . SENTIASA DALAM DOAKU , selepas setiap sujudku padaNya yang abadi , kutitip bait bait doa penuh keikhlasan , menaruh impian memiliki pemilik hati, MENYIMPAN RASA INGIN BERTEMU dia yang tertulis untukku. Dia INSAN YANG MASIH RAHSIA , yang sering menjadi tanda tanya sejak hati mula merindui , DAN TERISTIMEWA sehingga sukar diketahui kerana segalanya rahsia yang tersimpan rapi.

Namun,


apabila akad dengan tenangnya dilafaz,cinta menghalalkan segalanya . Yang dirindui itulah kekasih hati, pengubat jiwa sepi bahkan pendamping nurani. Ketika itu aku telah bertemu pemilik tulang rusukku ,  PENCARIANKU KINI TELAH BERAKHIR , yang ingin diketahui bukan lagi mimpi dan DETIK BAHAGIA KINI TELAH PUN HADIR , detik yang selama ini sering dinanti , SUNGGUH AKU PERCAYA janji Tuhan itu benar, jika sesuatu yang tertulis untukku adalah milikiku, sekuat manapun halangan ia tetap menjadi milikku. Siapa kita untuk menduga KETENTUAN YANG ESA , sesungguhnya sebaik baik rancangan, adalah rancangan Dia yang Maha Mengetahui, JODOH BERDUA BEGITULAH TAKDIR yang tertulis..

Bila bahagia menjadi kenyataan, bila kerinduan menjadi keajaiban , YANG TERLIHAT KINI HANYA ANUGERAH cinta sebenar , bersatu dalam hati DAN MELAFAZKAN JANJI YANG TERINDAH . Janji yang terucap kini menjadi nahkoda hati untuk membawa cinta ke jalan yang diredhai dan BERSEDIALAH MENUNGGU DI GARIS PENGHUJUNG sebuah lakaran kehidupan..cinta bersama kasih Ilahi INSYAALLAH KE SYURGA dan BERSATU KASIH KITA...




LAGU : Hafiz Hamidun
LINK : klik JODOH BERDUA 




















Saturday, January 4, 2014

Aku, seorang gadis biasa





Aku , seorang gadis biasa
juga seperti kalian
Yang impiannya setinggi bintang di langit
Yang cita citanya terbang melewati angkasa
kadang kadang tidak tercapai dek akal fikiran

Aku, seorang gadis biasa
juga seperti kalian
Yang cinta akan keindahan
Kadangkala keindahan yang terlihat tak bisa kuungkap dengan sebaris kata kata
Hanya Subhanallah yang mampu terucap tanda diri ini mengagumi 

Aku, seorang gadis biasa
juga seperti kalian
Yang mana gemar berlari mencari pengalaman
Yang menciptakan seribu satu kenangan
Kadang kala memori yang terlukis menyimpan sejuta cerita dan cinta

Aku, seorang gadis biasa
juga seperti kalian
Yang punya hati 
Hati yang satu inilah lahirnya kegembiraan
Hati yang satu inilah  lahirnya kedukaan
Kadangkala membuatkan aku menanggung seribu satu persoalan

Aku,seorang gadis biasa
juga seperti kalian
Yang memiliki bermacam rasa dan perasaan
Yang memendam sejuta rahsia
Yang menggambarkan seribu kata
kadangkala rasa inilah yang membuat hatiku bergetar tanpa sebab
dan menangis tanpa sebab
malah tersenyum tanpa sebab

Dan

Aku, seorang gadis biasa
juga seperti kalian
Yang menyimpan sebuah cinta
Yang tersembunyi di lubuk hati yang paling dalam
kadangkala hingga sukar diselam
kerna bagiku
cinta di hatiku ini suci
Hanya untuk dia lelaki sejati
Hanya untuk dia yang tahu menghargai
Hanya untuk dia yang berjaya menemui cintaku ini 
Yang bisa menerima aku apa adanya
Yang bisa melengkapi segala kurangku
Yang bisa menjaga kala aku tidak terdaya

Kerna





Aku seorang gadis biasa .





jemari menulis , sebuah coretan  hati 
-azilah aziel