♥ بسم الله الرحمن الرحيم ♥

Monday, February 3, 2014

KISAH JODOH BERDUA








Jika cinta mampu untuk ku lukiskan 
Garisannya penuh dengan pengharapan 

Sentiasa dalam doaku 

Menyimpan rasa ingin bertemu 

Insan yang masih rahsia 
Dan teristimewa 

Pencarianku kini telah berakhir 
Detik bahagia kini telah pun hadir 
Sungguh aku percaya 
Ketentuan Yang Esa 
Jodoh berdua begitulah takdir 

Yang terlihat kini hanya anugerah 
Dan melafazkan janji yang terindah 
Bersedialah menunggu di garis penghujung 
Insya Allah ke syurga 
Bersatu kasih kita



JIKA CINTA MAMPU UNTUK KU LUKISKAN akan ku lakar ia agar menjadi lukisan paling indah . Sentiasa damai di pandangan mata juga di pandangan hati. Akanku warnainya dengan warna warna pelangi, agar ia mekar mewarnai setiap genap penghidupan..setiap GARISANNYA PENUH DENGAN PENGHARAPAN , harapan yang setiap insan inginkan. jika diberi pilihan, cinta yang diinginkan adalah cinta yang berakhirnya ke syurga hakiki . SENTIASA DALAM DOAKU , selepas setiap sujudku padaNya yang abadi , kutitip bait bait doa penuh keikhlasan , menaruh impian memiliki pemilik hati, MENYIMPAN RASA INGIN BERTEMU dia yang tertulis untukku. Dia INSAN YANG MASIH RAHSIA , yang sering menjadi tanda tanya sejak hati mula merindui , DAN TERISTIMEWA sehingga sukar diketahui kerana segalanya rahsia yang tersimpan rapi.

Namun,


apabila akad dengan tenangnya dilafaz,cinta menghalalkan segalanya . Yang dirindui itulah kekasih hati, pengubat jiwa sepi bahkan pendamping nurani. Ketika itu aku telah bertemu pemilik tulang rusukku ,  PENCARIANKU KINI TELAH BERAKHIR , yang ingin diketahui bukan lagi mimpi dan DETIK BAHAGIA KINI TELAH PUN HADIR , detik yang selama ini sering dinanti , SUNGGUH AKU PERCAYA janji Tuhan itu benar, jika sesuatu yang tertulis untukku adalah milikiku, sekuat manapun halangan ia tetap menjadi milikku. Siapa kita untuk menduga KETENTUAN YANG ESA , sesungguhnya sebaik baik rancangan, adalah rancangan Dia yang Maha Mengetahui, JODOH BERDUA BEGITULAH TAKDIR yang tertulis..

Bila bahagia menjadi kenyataan, bila kerinduan menjadi keajaiban , YANG TERLIHAT KINI HANYA ANUGERAH cinta sebenar , bersatu dalam hati DAN MELAFAZKAN JANJI YANG TERINDAH . Janji yang terucap kini menjadi nahkoda hati untuk membawa cinta ke jalan yang diredhai dan BERSEDIALAH MENUNGGU DI GARIS PENGHUJUNG sebuah lakaran kehidupan..cinta bersama kasih Ilahi INSYAALLAH KE SYURGA dan BERSATU KASIH KITA...




LAGU : Hafiz Hamidun
LINK : klik JODOH BERDUA 




















No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.