♥ بسم الله الرحمن الرحيم ♥

Monday, November 10, 2014

Piala Sukarelawan Menteri Pendidikan Malaysia 2014

Assalamualaikum, rasanya seperti lamaaa sangat dah tak meng'update' blog.. hehe . Apa habaq semua? harap baik baik jaaa. 

Alhamdulillah, kali ni nak bercerita tentang pengalaman manissss yang takkan dilupakan sampai bila bilaa gitteww . hehehe . ya la, sebuah pengalaman yang memberi 1001 kenangan.. InshaAllah akan dikenang..


Syukur Alhamdulillah, pada 31 Oktober sehingga 2 November 2014 hari tu, kami daripada barisan MT dan beberapa orang sekretariat Kelab Penyayang telah bertolak ke selatan tanah air dan bermusafir di sebuah negeri bersejarah bersempena menghadiri Sidang Kemuncak Kelab Penyayang Malaysia 2014 dan Penerimaan Anugerah Piala Sukarelawan Menteri Pendidikan Malaysia.



Sejujurnya zila menyokong penuh program sebegini. Mana taknya , tido dekat A Famosa Resort, makan sedap sedap . #EH . hehehe . tak.. maksud zila sebenarnya, program ni bagus sebab kat sini laa kita dapat kenal lebih ramai orang sbb yang join porgram ni semuanya dari U lain lain.. act yg join ni semua wakil2 kelab Penyayang IPTA/IPTS Malaysia.


Orait , gambar mana gambar? , oke okeeee sabaq2 hehe.Jom  kita scroll gambaq pulak naaa hehe :)


Taraaaa ni diaaaa hotel yang kami tidoq selama 3 hari 2 malam .

 
Kerlassss kau jah.. hehe . tenkiu Tan Sri Empunya A Famosa ni, sebab sponsor kami . yeayyy hehe

Taraaaa ni bilik pulak,,

amik hang, satu bilik 3 orang, tapi zila sorang satu katil king . mmg bergolek2 laa, hehe 

Ni pulak roomate zila tuk 2 hari 3 malam. hehe
Kenal 2,3 hari ja, tapi sembang macam kenal 2,3 tahun dh . hehe




Fasha baju putih , dan Elyn baju merah. Dua2 dari UKM .

.
.
.

Seterusnyaaaaaaa


Malam pertamaaa hehe


Sesi ice breaking macam tu laaa kiranyaaa hehe










Hari Kedua ,










Muka kusyukk dengar talk (kusyuk sangat) . hehehe :P

Malam kedua pulakkk..

















Malam ni kerja kami hias hias booth Kelab Penyayang USM bagi lawa lawa gittew hehe 

eh terlupa, nak belanja satu pic ni. tp jgn gelak taw? haha nidiiiaaa 


HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA !

Ishh sakannya gelak . haha . lawak kot, nakal sungguh YDP n NYDP KPUSM ni. hehe


Orait . Hari ke tiga .

Haaaa , hari ni laa yang ditunggu-tunggu dan dinantikan2 semua orang. Tengok hari2 sebelum ni, semua gila2 ja kan? Hari last ni formal ckit. maklum laa VIP turun, hehe. 

Alhamdulillah, hari yang indah. 
dan, pada hari ni juga diumumkan juara untuk
Pertandingan Piala Sukarelawan Menteri Pendidikan Malaysia.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Berkat kerja keras, penat lelah selama hampir 6 bulan, akhirnya 

KELAB PENYAYANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Diumumkan sebagai
JUARA untuk pertandingan yang julung kali diadakan ini.

Alhamdulillah.
Dengan membawa nama projek
Transformasi Orang Kurang Upaya Penglihatan (OKUP)
kami telah memenangi pertadingan ini,
Syukur, Ya Allah.

Sedikit info mengenai projek OKUP ini.

Dalam melaksanakan projek ini, ia telah dibahagikan kepada tiga fasa penting dalam merealisasikan projek tersebut.

 Pada fasa pertama,
 ia merupakan fasa pengubahsuaian tempat iaitu Pusat Pembangunan Orang Buta Malaysia( PPOBM) telah terpilih sebagai lokasi projek. Perlaksanaan fasa ini bermula pada awal semester lalu.

Manakala fasa kedua pula 
adalah fasa dimana kutipan dana dilaksanakan melalui majlis makan malam 'Dining In The Dark', dan kutipan tersebut disalurkan kepada pihak
PPOBM untuk dijadikan modal pusingan. Majlis makan malam ini telah berjaya dilaksanakan dan mendapat sokongan daripada para pelajar dan masyarakat luar kampus. 

















Seterusnya adalah fasa ketiga

 di mana satu 'website' dicipta untuk melebarkan lagi capaian akses kepada masyarakat khususnya mereka memerlukan khidmat PPOBM dalam mendapatkan alat bantuan seperti white cane dan sebagainya. Dengan adanya 'website' ini, ia akan membantu untuk mempromosikan pusat transformasi tersebut kepada masyarakat, dan memudahkan lagi komunikasi dua hala.


oke. begitu la serba sedikit tentang gerak kerja kami. Kalau nak tengok yang lebih details lagi, sila la berkunjung dan like page rasmi kelab kami.


dan ni link untuk video gerak kerja kami yang ditayangkan di hadapan Menteri Pendidikan II, YAB Dato Seri Idris Jusoh,


yang ni pulak siaran dalam Astro Awani .



Selamat menonton yer. hehe .

Alhamdulillah, syukur :)





























Alhamdulillah, tahniah kepada team kita, Kelab Penyayang USM 2014/2015.
Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama :)

Tak lupa juga dekat mama DR AZLINDA merangkap penasihat kelab kami,
tanpa sokongan beliau, tentu kami tak mampu pergi sejauh ini,
Terima kasih DR LINDA . love u :)




Alhamdulillah, syukur. terima kasih semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung.




Memetik kata kata pujangga, 

" Siapa yang tidak mengetahui begitu berharganya nikmat, ketika kenikmatan itu bersertanya, 
Maka, barulah ia mengatahui betapa berertinya nikmat itu,
setelah nikmat itu pergi meninggalkannya "

Hargailah tubuh badan kita yang sempurna ini.
Hargailah setiap insan yang mengambil berat akan kita
Hargailah setiap detik masa Dia pinjamkan untuk kita

dan yang paling penting,
Hargailah dan syukurilah NIKMAT HIDUP kita ini ke arah jalan yang diredhaiNya,



Sekian, dari insan kerdil.

zila aziel :)





















Thursday, June 26, 2014

Jalan jalan je hehe (Anugerah NADI Negara)

Assalamualaikum, alhamdulillah syukur . Akhirnya abes jugak final exam tuk sidang ni . Sedar tak sedar , sekejap ja masa berlalu kan? dah nak habis dah zaman bergelar freshie or first year ni , hehe . Sidang depan jadi senior la pulak. hehe -

Exam - biasa la , ada senang ada susah . Exam kalau semua senang macam pelik je kan . hehe . Apa apa pon aku dah try buat yang terbaik , dah penat dah berhempas pulas, tido tak cukup tu normal , makan tak menentu tu biasa . hehe . yang pasti, time exam ramai yg insomnia .

Tapi,




Tapi?




Tapi ?




haha , dalam dok berhempas pulas tu, tido tak cukup la , makan tak menentu, ada sorang budak tu dan lagiiii pi berjalan masa exam mode on . hehe . Ala, time tu gap 4 hari . setakat pi sehari je , tak terjejas kottt ( ayat wat sedap hati) kes nak berjalan punya pasal.hehe



OK , dalam masa gap 4 hari tu , aku ngan Ifah n Fath (bukan nama sebenar) hehe join satu event ni , under #MPPUSM , (tenkiu abg wan sebab ajak) . Anugerah Nadi Negara , bertempat di Premiera Hotel  , KL ( depan jalan TAR, tepi sogo) haha . Kami ni pi sebagai penyokong n jemputan tuk memeriahkan suasana jaa . hehe . Btw , walaupun pergi tak sampai 24jam (motif sangat) hehe . yela sebab bertolak kul 12am Ahad , kul 10 malam Ahad dah sampai usm balik hehe tapi rasa happening sangattt sebab semua sporting .


First pagi tu (subuh subuh) kiteorang sampai kat R&R jejantas sg buluh kalau tak silap laaa . hehe . sampai kat situ semua pakat urus diri, mandi n solat subuh , sarapan then teruskan perjalanan--> terus pi event tu . hehe , APEX tak APEX nya student usm ni , kami sampai awai gila kot . haha , time tu orang dok kalut susun meja la, dok kalut berlatih menari la . Takpa , janji kami tak lewat . Biar awal takpa, asal jangan lewat kan? hehe .


pastu , event pon start . woww happening jugak ye . aku ingatkan majlis formal yang kena dengar talk panjang panjang , rupanya majlis santai santai ja . Formal pon time VIP mai jaa . hehe , sapa VIP tu? semua orang kenal diaaa, tak kenal saja la kan ? She is Datin Seri Rosmah Mansur . Kecik je orangnya , first time aku tengok live . hehe .Tak dinafikan, orangnya pon sporting.




oke, now nak tepuk tangan kuat kuat and a big congratulation to akak #MARLINASALLEH yang merupakan wakil USM sebagai penerima Anugerah Nadi Negara . tahniah akak ! Kecik manis ja orangnya . baik pulak tuu. Apa apa pun tahniah dan selamat ber'graduation' yer bulan 11 nanti :)


Sekarang nak tepuk tangan lagi tuk wakil YDP USM abg
#ShafiqKamaruddin merangkap YDP MPPK jugak . tahniahhh dan terima kasih sebab menjemput kami , dua bijik bas lagi tu mai. U lain sebijik bas je . hehe . thanks YDP sebab sporting jugak orangnya . #proudtobeUSMrians:)



Okeee ni diaaaa gambaq gambaq yang sempat di'selfie' bersama mereka mereka ni hehe





Yang tudung merah bunga bunga tu la kak #MarlinaSalleh . manis kan?
Yang tudung merah kosong tu kak Yulfa , manis jugak orangnyaa. Haa yang tiga orang tu ehem kenal2 je la noh hehe


ni pulak ngan abang #ShafiqKamaruddin YDP MPPUSM yang sporting!
selfie sikit abg shafiq , haha 




                         







zila n fath

dengan abg HH
dari kiri : Naabella, Sarabanon n Kakleha haha



Shahmiey @ budak hyperactive bermonopod . haha



dengan abg wan n abg jay n dengan shahmiey lagiii mangsa pegang fon . hehe



Oke , tup tup perot pon dah kenyangg kan , makanan pon sedap . hehe makaseh yer . hehe . free pulak tuuu . hehe . Sekarang time yang ditunggu tunggu . haha especially orang perempuan macam orang tuuu(ehem terasa sikit) . Time to shopping and jalanjalan hehe. Alaaa , bukan nak shoppping sangat pon, cuci cuci mata jaa .tapi kalau berkenan sambar jugak sepasang dua hehe . biasa lettew kan ? (ke tak biasa? haha)


Aku, Ifah and Fath tak shopping sangat pon. hehe (jgn percaya sgt) . kami dok mencuci mata je lebih . haha . tapi sempat jugak aku beli baju kurung 2 pasang . Asal pi jalan TAR je, tak kira la ngan family ke, kawan ke, mesti beli baju kurung . sebab murah kottt . hehe beli tuk tukar tukar pakai p kelas . So bertambah lagi la koleksi baju kurung jalan TAR aku . haha motif sangat . 



macam kat korea pulak , Fefeeling oversea gittew hihi

Park Shin Zila Kpop bersama peminat tegar . haha


Fath , aku n Ifah . sengih dapat shopping hahaha
btw, thanksss shayang teman aku :)




hehe , puas la dapat shopping ? jalan jalan ? hehe puas la jugak . Dapat release tension jap kan . padahal time ni esok lusa tu exam . dua paper pulak, subjek hardcore boleh tahan jugak laa . hehe tapi wat wat lupa kejap time ni. hehe.

Oke, petang tu . kami bertolak balik . sunyi sepi ja dalam bas . haha semua orang tidoq kot !! letih sangat gayanyaa haha ataupun ngah cas energy tuk balik study nanti. haha . Aku yang terjaga time tu tengok ja muka sorang2 tido . haha comel2 semuanya (muka letih yer) . Btw ,  Alhamdulillah kami selamat sampai usm balik pukul 10 malam . haa kan dah kata tak sampai 24jam pon hehe--


Alhamdulillah, aku pon dah selesai jawab exam . berakhir dah sem dua (1 sidang) kat usm . masa tengah taip ni, aku dah pon siap kemas semua barang barang yg nak bawak balik rumah esok . hehehe . 

Selamat tinggal MO3-06-35
sidang depan bilik baruuuuu ( mengadap ivory) hehe

______________________





Apa apa pon, dikesempatan ni aku nak menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai ada salah dan silap. Tak lama lagi nak puasa dah . Ya Allah, semoga kita semua diberi kesempatan bertemu Ramadhan. Seronok tu seronok jugak , jangan lupa perbanyakkan amal ibadat #pesanpadadiri
InshaAllah, semoga berkat ibadah kita semua . Emm , tiba tiba teringat tentang kes Adik Firdaus yang dikurung sampai tinggal tulang tu . 

ALLAH
tergamam
tak percaya
dan tersentuhsangat hati ni
tengok keadaan dia
T__T

Aku tetap tak boleh terima adik Firdaus diperlakukan sampai macam tu. Kesian dia ya Allah.. Tapi kuasa Allah tu Maha Besar. Hanya Allah yang tahu sejauh mana kebenarannya kes ni , hanya DIA yg layak menghukum . Semoga orang yang bersalah tu dapat balasan yang setimpal dengan apa yang dia dah buat. 


Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Salam Ramadhan Kareem buat semua umat Islam .

Salah dan silap harap dimaafkan,
Sesungguhnya aku hanya insan kerdil,
tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Assalamualaikum -