♥ بسم الله الرحمن الرحيم ♥

Monday, November 10, 2014

Piala Sukarelawan Menteri Pendidikan Malaysia 2014

Assalamualaikum, rasanya seperti lamaaa sangat dah tak meng'update' blog.. hehe . Apa habaq semua? harap baik baik jaaa. 

Alhamdulillah, kali ni nak bercerita tentang pengalaman manissss yang takkan dilupakan sampai bila bilaa gitteww . hehehe . ya la, sebuah pengalaman yang memberi 1001 kenangan.. InshaAllah akan dikenang..


Syukur Alhamdulillah, pada 31 Oktober sehingga 2 November 2014 hari tu, kami daripada barisan MT dan beberapa orang sekretariat Kelab Penyayang telah bertolak ke selatan tanah air dan bermusafir di sebuah negeri bersejarah bersempena menghadiri Sidang Kemuncak Kelab Penyayang Malaysia 2014 dan Penerimaan Anugerah Piala Sukarelawan Menteri Pendidikan Malaysia.



Sejujurnya zila menyokong penuh program sebegini. Mana taknya , tido dekat A Famosa Resort, makan sedap sedap . #EH . hehehe . tak.. maksud zila sebenarnya, program ni bagus sebab kat sini laa kita dapat kenal lebih ramai orang sbb yang join porgram ni semuanya dari U lain lain.. act yg join ni semua wakil2 kelab Penyayang IPTA/IPTS Malaysia.


Orait , gambar mana gambar? , oke okeeee sabaq2 hehe.Jom  kita scroll gambaq pulak naaa hehe :)


Taraaaa ni diaaaa hotel yang kami tidoq selama 3 hari 2 malam .

 
Kerlassss kau jah.. hehe . tenkiu Tan Sri Empunya A Famosa ni, sebab sponsor kami . yeayyy hehe

Taraaaa ni bilik pulak,,

amik hang, satu bilik 3 orang, tapi zila sorang satu katil king . mmg bergolek2 laa, hehe 

Ni pulak roomate zila tuk 2 hari 3 malam. hehe
Kenal 2,3 hari ja, tapi sembang macam kenal 2,3 tahun dh . hehe




Fasha baju putih , dan Elyn baju merah. Dua2 dari UKM .

.
.
.

Seterusnyaaaaaaa


Malam pertamaaa hehe


Sesi ice breaking macam tu laaa kiranyaaa hehe










Hari Kedua ,










Muka kusyukk dengar talk (kusyuk sangat) . hehehe :P

Malam kedua pulakkk..

















Malam ni kerja kami hias hias booth Kelab Penyayang USM bagi lawa lawa gittew hehe 

eh terlupa, nak belanja satu pic ni. tp jgn gelak taw? haha nidiiiaaa 


HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA !

Ishh sakannya gelak . haha . lawak kot, nakal sungguh YDP n NYDP KPUSM ni. hehe


Orait . Hari ke tiga .

Haaaa , hari ni laa yang ditunggu-tunggu dan dinantikan2 semua orang. Tengok hari2 sebelum ni, semua gila2 ja kan? Hari last ni formal ckit. maklum laa VIP turun, hehe. 

Alhamdulillah, hari yang indah. 
dan, pada hari ni juga diumumkan juara untuk
Pertandingan Piala Sukarelawan Menteri Pendidikan Malaysia.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Berkat kerja keras, penat lelah selama hampir 6 bulan, akhirnya 

KELAB PENYAYANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Diumumkan sebagai
JUARA untuk pertandingan yang julung kali diadakan ini.

Alhamdulillah.
Dengan membawa nama projek
Transformasi Orang Kurang Upaya Penglihatan (OKUP)
kami telah memenangi pertadingan ini,
Syukur, Ya Allah.

Sedikit info mengenai projek OKUP ini.

Dalam melaksanakan projek ini, ia telah dibahagikan kepada tiga fasa penting dalam merealisasikan projek tersebut.

 Pada fasa pertama,
 ia merupakan fasa pengubahsuaian tempat iaitu Pusat Pembangunan Orang Buta Malaysia( PPOBM) telah terpilih sebagai lokasi projek. Perlaksanaan fasa ini bermula pada awal semester lalu.

Manakala fasa kedua pula 
adalah fasa dimana kutipan dana dilaksanakan melalui majlis makan malam 'Dining In The Dark', dan kutipan tersebut disalurkan kepada pihak
PPOBM untuk dijadikan modal pusingan. Majlis makan malam ini telah berjaya dilaksanakan dan mendapat sokongan daripada para pelajar dan masyarakat luar kampus. 

















Seterusnya adalah fasa ketiga

 di mana satu 'website' dicipta untuk melebarkan lagi capaian akses kepada masyarakat khususnya mereka memerlukan khidmat PPOBM dalam mendapatkan alat bantuan seperti white cane dan sebagainya. Dengan adanya 'website' ini, ia akan membantu untuk mempromosikan pusat transformasi tersebut kepada masyarakat, dan memudahkan lagi komunikasi dua hala.


oke. begitu la serba sedikit tentang gerak kerja kami. Kalau nak tengok yang lebih details lagi, sila la berkunjung dan like page rasmi kelab kami.


dan ni link untuk video gerak kerja kami yang ditayangkan di hadapan Menteri Pendidikan II, YAB Dato Seri Idris Jusoh,


yang ni pulak siaran dalam Astro Awani .



Selamat menonton yer. hehe .

Alhamdulillah, syukur :)





























Alhamdulillah, tahniah kepada team kita, Kelab Penyayang USM 2014/2015.
Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama :)

Tak lupa juga dekat mama DR AZLINDA merangkap penasihat kelab kami,
tanpa sokongan beliau, tentu kami tak mampu pergi sejauh ini,
Terima kasih DR LINDA . love u :)




Alhamdulillah, syukur. terima kasih semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung.




Memetik kata kata pujangga, 

" Siapa yang tidak mengetahui begitu berharganya nikmat, ketika kenikmatan itu bersertanya, 
Maka, barulah ia mengatahui betapa berertinya nikmat itu,
setelah nikmat itu pergi meninggalkannya "

Hargailah tubuh badan kita yang sempurna ini.
Hargailah setiap insan yang mengambil berat akan kita
Hargailah setiap detik masa Dia pinjamkan untuk kita

dan yang paling penting,
Hargailah dan syukurilah NIKMAT HIDUP kita ini ke arah jalan yang diredhaiNya,



Sekian, dari insan kerdil.

zila aziel :)