♥ بسم الله الرحمن الرحيم ♥

Monday, December 30, 2013

PENANDA WACANA BAHASA MALAYSIA



Assalamualaikum semuaaa . hai , esok nak exam LKM400 yaaa . sama la, zIla pun akan menduduki exam yang sama ngan korang . Ok, entry kali ni zila nak berkongsi sedikit ilmu yang telah diajar oleh pensyarah LKM400 zila , Puan Siti Hasnah .

Sebelum tu , zila nak ucapkan banyak2 terima kasih kat cikgu zila ni sebab selalu beri tunjuk ajar yang sangatttt baik sepanjang satu semester bersama beliau . Tenkiuuuu Cikgu :)


Ok , ilmu yang nak dikongsikan ni berkaitan dengan penggunaan PENANDA WACANA dalam menulis karangan . jOm bacaaaaaa :)



Penanda Wacana

Memetik kata kata cikgu sayaaaa 

" Banyak pelajar tidak mendapat markah yang baik kerana pembentukan ayat yang lemah. Hal ini demikian kerana pembinaan ayat tidak berkesinambungan dan tidak mempunyai hubung kait yang rapat dan mesra. "


i) Penanda permulaan karangan

a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,


ii) Penanda memulakan isi baharu


a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,



iii) Penanda huraian isi karangan

a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini wujud akibat daripada
e) Hal ini bersangkut-paut dengan
f) Hal ini berpunca daripada
g) Hal ini tercetus apabila
h) Hal ini timbul apakala


iv) Penanda memberi contoh dalam karangan

a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti


v) Penanda menghuraikan contoh


a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,


vi) Penanda menutup isi

a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,


vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan

i) malar-malar

viii) Penanda memulakan perenggan penutup


a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,

i) Secara total,

ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza


a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,


x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa


a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........



ok , itulah sedikit sebanyak ilmu yang boleh dikongsikan bersama . Jutaan terima kasih kepada Pensyarah LKM400 USM , Puan Siti Hasnah di atas perkongsian ilmu dan nota ni :)

Akhir sekali kepada semuaaaaaaaa kawan kawan dan kenalan , 



SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR 
SEMESTER 1 dan SELAMAT MAJU JAYAAA !


"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir"


terima kasih kerana sudi membaca . baiii :)








No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.