♥ بسم الله الرحمن الرحيم ♥

Thursday, August 13, 2015

SINGAPORE trip - Part 2 ( DAY 1)


OKEH, yang Part 1 dah abes baca kan? Semua dah settle kan? Booking flight+tiket uss+duit belanja semua dah cukup kan? Hehehe.  Kalau dah, JOM . kali ni nak share pulak perjalanan dan pengalaman zila dan fath ke Singapore. Hehe. Hope you guys enjoys baca yaa .

Seriously, pengalaman travel berdua ja dgn sahabat kita ni akan jadi satu sweet memory yang kita boleh cerita dekat anak cucu nanti. hehe. Yala, ni kan first trip kami berdua travel sama2. So weoll sgt2 la excited. hehe. Ehem, Cik Jila harap cik Fath tak serik la nak jenjalan ngan Cik Jila lagi pas ni noh. haha.

28 JULAI 2015

Hari ni zila dan fath dah excited dah ni. Haha. Tapi orang tua2 pesan, jangan over excited ya. Sentiasa kena kawal perasaan gembira tu, takut nanti ada duka pulak. So, Zila, Fath, mohon control perasaan tu ya. Hehe. Malam 28hb ni, Zila dah naik flight dari Penang ke KLIA2. Manakala Fath pulak tunggu Zila kat sana. Sebab Fath dari uma abg dia, zila ja dari Kedah.

Alhamdulillah, malam tu, pukul 12.20am zila sampai KLIA2 dan Fath dah lambai2 tangan kat zila dari jauh. Hehe.Rinduuuu oi, cuti lama x jumpa. Then hari ni kami nak p travel sama2. Alhamdulillah. Oke, so malam tu, kami pun cari la tempat lepak yang sesuai. Jangan risau, kat dalam KLIA2 ni byk ja tempat lepak yg selesa tuk mereka yg tunggu flight mcm kami ni.

Btw, kami lepak dekat tempat lepak atas pintu masuk Pelepasan Antarabangsa KLIA2. Ramai orang tak tahu, bila kita naik ja escalator tepi tu, kat atas tu ada tempat lepak yg boleh tahan la selesa jugak. Hehe. Ada plug, so tak perlu risau nak cas tepon kan.  Maka, duduk la kami kat ctu menunggu flight ke Singapore awal pagi esok.

29 JULAI 2015

KLIA

Bila check in dah bukak, kami pun masuk terus dalam departure hall. Sementara nak tunggu tu, kami basuh2 muka, solat apa semua. Apa boleh kata, KLIA2 punya kemudahan sangat2 la TERBAIK. Selang beberapa gate mesti ada toilet + surau. So jgn risau oke. Alhamdulillah, pagi tu jam 8.45am kami selamat tiba di Cangi Airport. Syukur Alhamdulillah. Masa dalam flight td, Fath cuit Zila, Zila cuit Fath. Haha. Betul ke kita nak bercuti berdua ni? Masing2 mcm tak percaya,sebab pi SG ni dah lama kami impikan. Hehehe.

CANGI AIRPORT

Jejak je kaki dalam Cangi Airport, fuyoooo. Cantik jugak. Lebih kurang mcm KLIA. Cuma perbezaan yang kontra tu tang lantai dia sbb fully carpet covered.
Cantikkan lantai airport dia? hehe
 Lawa , nampak mewah dan nampak ekslusif gittew. Haa melambak2 puji. Hehe. Tapi memang betul la. Hehe.  Kami pun cepat2 la keluar pi kat imigresen. Masa ni tgk muka2 yg jaga kat kaunter tu semua mcm garang2 je. Haha. Biasa la, time tu kawalan ketat ckit. Hehe. Alhamdulillah, kami dah lepas pemeriksaan imigresen dan boleh masuk SG. Hahahaha.

CARI PEJABAT SINGAPORE TOURIST PASS .

Masa ni kami tercari2 juga, macam mana la nk pergi ke MRT station dlm Cangi Airport ni. So pergi kat information kaunter. Tanya punya tanya, then dia pun explain kat kami + dpt travel map SG free. Hehe. Untuk beli Tourist Pass,

kami kena naik Skytrain dari Arrival hall ke TERMINAL 2 (yang ada MRT station)

dalam Skytrain
Ok, keluar ja dari Skytrain tu, turun escalator ke bawah, then akan nampak satu pejabat Singapore Tourist Pass. Haa, terus ja pergi beratur and beli Singapore Tourist Pass.


Taraaa. Kami dah dapat Tourist Pass kami. SGD26 untuk unlimited ride (mrt+bus) selama dua hari.
Ok, Bila da dapat Tourist Pass tu, apa lagi, JOM cari hotel. hehe. kami dari Cangi station terus menuju ke stesen MRT yg berhampiran dengan hotel kami di Kg Glam, iaitu Bugis Station.

OK, ni nak cerita yang kami dah tersilap. hehe. Nasib baik la ada hamba Allah yang baik hati ni bagi tahu. Kalau tidak dok ulang alik macam tu la tak turun2 change train. hihi. dari Cangi---> Bugis , kena turun dekat Tanah Merah yer untuk tukar train. Sebab, bila dah sampai Tanah Merah, train tu akan patah balik ke Cangi. So, untuk elak kita patah balik, kena la tukar train.


Route train( ikut east west line / line hijau)

Cangi---> Expo ---> Tanah Merah --- tukar amik train ke --->  Bugis 

Finally, kami sampai kat Bugis Station. Keluar je dari ctu, kami tak tau nak tuju arah mana. So dengan kompidennya kami pun buka peta. hehe. Tapi failed, tak jumpaa jugak jalan mana. haha. So kami decide nak tanya uncle kat tepi jalan tu, so dengan mudahnya dia tunjuk arah ke Kg Glam kat kami. hehe. Kalau tak tanya tadi, memang sah2 kami ikut arah bertentangan. hihi. So moralnya, masa travel kat tempat orang ni kena ringankan mulut bertanya. Betul la kata pepatah, malu bertanya sesat jalan. iyedokkk? HAHA :P

wahhh tengah2 berjalan tu, kami dah excited dah.Sebab dah nampak dah kubah MASJID SULTAN dari jauh. Nampak ja masjid tu, maknanya kami dah ada dalam kawasan KG GLAM. Disebabkan check in hotel start pukul 3pm, maka kami pun habiskan masa round2 dulu tempat2 best sekitar tu.

Ni la Masjid Sultan tu. Muslim yang mai SG tp tak mai cni tak sah ok. hehe



Muzium Warisan Melayu. Bangga sekejap jadi orang Melayu. hehe


Ni la kawasan sekitar Kg Glam. excited sangat, sebab apa yang tengok dalam gambar selama ni dah ada depan mata. hehe


Okeh, bila dah puas jalan2 sekitar Kg Glam, Arab Street, Bugis Street etc , kami pun mula la cari jalan nak ke hotel kami yang terletak di Aliwal Street. Jalan punya jalan, kami pun jumpa la hotel yang kami dah booking tu. Wahhhhh. time ni excited jugak. Sebab aritu tengok dalam website ja, sekarang dah ada depan mata. hehe.

5FOOTWAYS inn Bugis 

Sangat2 recomended. hehe. Cute cute ja hotel dia. selesa la kalau sekadar untuk tidor dan rehat2 kan badan sekejap. Zila booking dari Agoda.com dengan harga RM73 seorang untuk 1 malam. So, satu bilik kami untuk dua orang, hanya RM146 + breakfast. Lagi satu, staff dia semua ramah2 dan suka membantu.



Deposit sebanyak SGD20 , tapi dapat balik nanti masa check out. Dari hotel ni kita dah boleh nampak Masjid Sultan. Pastu jalan kaki 5 minit ja dah sampai MRT station yg terdekat, Nicoll Highway Station. Pastu bangunan sekitar hotel ni pun lawa2 dan nice la. Kalau yang suka makan tu, kat area ni banyak jugak cafe2 halal. 
Ni pulak bilik kami. Kecik cute ja. Masuk dalam bilik terus ada satu katil dua tingkat dan satu cermin yg besar. hehe. cermin tu yang penting kan. hihi. Dalam bilik ni semua kaler putih, dinding putih, cadar putih bersih. So even agak kecik, tp nampak luas dan bersih. kami suka sangat. hehe. Oh lupa nak gtaw, bilik ni ada aircond ok, jangan risau . hehe. Wifii juga disediakan, so dont worry kalau nak online ok? hehe  . Locker berkunci jugak disediakan. So tak perlu bimbang kalau nak simpan barang berharga.. hehe

bilik mandi ada shower
Sinki dekat toilet



pintu naik ke cubic bilik2
 





Kalau yang nak guna komputer dan wifii boleh guna ni :)










tempat lepak atas bumbung hotel yang best :)




OK, aktiviti seterunya lepas dah siap check in, makan apa semua. Kami pun siap2 la nak keluar city tour pulak. City tour kali ni more to tengok view Singapore yang lawa2. Orang kata kalau pi SG tak amik gambar kat kepala singa tu tak sah kan? hehe. Tempat2 yang kami plan nak pergi adalah sekitar Marina Bay Sands, Espalanade, Bayfront, Merlion Park (kepala singa) dan kawasan2 yang area tu.


So, kami pun mula la jalan kaki ke Nicoll Highway station. alaaa, 5 minit jalan kaki ja dari hotel kami tu. Dekatkan ? heheh best sangat.. So, pilih la 5footsway inn Bugis yer hehehe


Route train kali ni , Circle line / Line Oren

Nicoll Highway Station ---> Promenade ---> Bayfront ---> Marina Bay Sands


dalam MRT
Actually, kami kan nak pergi tengok view yang dekat kepala singa berlatarbelakangkan bangunan Marina Bay Sands yang lawa tu, Ala, orang selalu post gambar view SG macam tu .. emm kami pun teringin la. haha. so sepatutnya laaa kami kena turun dekat Bayfront. haha. Tapi kami was was, ala ala blurrr gitu. So kami lajak laa sampai Marina Bay. kami pun turun laa. keluar2 dari Marina Bay Station, jadi blurr. mana view kepala singa tu? mana bangunan yang lawa tu??
Ni haaa, kat tepi jalan. haha


HAHA. xpa, rilek2 kita jalan ja dulu.. kami pun benti sekejap tepi jalan tu, amik2 gambar. hehe. Tapi ni tak leh jadi ni, view yang kami nak tengok tu tak jumpa.. So kami decide nak patah balik. Kami pun masuk semula dalam bangunan station tu. hehe.

Nak dijadikan cerita, kami tak jumpaaaaa way nak naik MRT ke Bayfront, even ada signboard. puas kami cari, sampai termasuk dlm mall. yang kami jumpa jalan masuk ke Supertree Grove Garden

Ni la supertree grove garden tuuuu
yang lawaaa tu. haha. acaner ni? 
Kami jalan lagi, jalan, jalan sampai masuk dalam mall apa semua. Last2 kami tanya sorang uncle ni.
Kami tanya (in English la), 

"excuse me, uncle. kat mana view kepala singa yg selalu org pergi tu? Macam mana nak pergi sana?"
dengan selamber dia jawab,
"you all nampak lif tu? you naik lif tu tekan tingkat 6"
"Owh, ok, tq uncle"


Zila dgn Fath pun serentak tengok kat lif tu. Haishhh, betul ke uncle ni? Zila macam tak kompiden mana tgk uncle ni. hahaha. takkan la suh naik sampai tingkat 6 pulak? Orang nak cari kepala singa tu. Aishh bukan tempat tu dekat tepi riverside ke?? Haishhhh. komfius2. Sampai depan lif, Zila tanya Fath, betul ke boleh naik lif ni? bukan lif pejabat ke? Kang tak pasal2 masuk pejabat orang. HAHA. Fath kata, xpa kita naik ja.. salah kita turun balik.. So, bila dah partner cakap macam tu, baru la Zila kompiden sikit. Kami pun masuk dalam lif, tekan naik tingkat6.. Zuuuuppppppppp, lif laju kot, haha. Sampai sampai kat atas,


Wahhhh, kita kat mana ni? betul ke ni? Eh ada orang la kat sana, jum pi tengok ada apa..Kami pun jalan.. Mulut ni puas tanya, mana laaa bangunan Marina Bay Sands yang lawa tu? Awat tak nampak dari sini?? Pelik betul laa.. Kami pun jalan laa atas rooftop tu.. 

jalan.. jalan.. jalan.. sekali dongak tengok atas.. Ahhhhhhh, sebenarnya Marina Bay Sands dok atas kepala kami. hahahahahahahahahahahha. Tudiaaaa kami naik sampai atas ni.. haha. kami dah naik separuh daripada bangunan tu dan tengah jalan dekat rooftop.. serius.. view sangat2 lawaa.. dengan angin yang sepoi2 bahasa... memang masyuk la. hehe




Dari atas ni, kita boleh nampak Singapore Flyer taw.. Tengok ada kat belakang Zila jer.. hehehe.






Tapi, mana Merlion Park aka kepala singa yang kami cari tu? Kalau fikir logik, kepala singa tu mesti dah duduk dekat seberang belah sana.. Sebab, kalau orang amik gambar kepala singa, mesti nampak bangunan Marina Bay Sand ni jauh kat belakang.. hahaha. kiranya kami kena pi belah sana balik la? Tudiaaaaa.. hehe

Takpala, time ni dah sedih sikit dah. sebab kami betul2 nak pergi dekat Merlion Park tu.. Tapi kami terus jugak jalan atas rooftop tu.. sampai la jumpa satu lorong ni..

Kami follow ja lorong cantik ni sebab nk cari jalan keluar.. hehehe

jalan
jalannnn
dan terus 
jalan
.
.

Kami nampak lagi view yang sangat cantik.....


Nampak tak belakang Fath tu?
Yeayyyyy.. Belakang Fath tu laa area Bayfront yang kami cari tu.. yang ada Merlion Park, Espalande, stadium semua tu.. Yeayyyyy dah dekat dah la kiranya.. Kami pun jalan lagi dan jalan lagi.. Finally kami jumpa satu pintu kaca tepi bangunan ni.. kami pun masuk.. turun eskalator ke bawah.. Laaaa, kami masuk dalam shopping mall balik. HAHA. kami cari pintu keluar.. Alhamdulillah, dah jumpa pintu.. keluar2, terus nampak bangunan unik yang bentuk macam bunga teratai kembang warna putih . Eh sekejap2, sebenarnya kami teruja jugak bila nampak butik mewah LV yg dekat area tu depan2 mata. hehehe. Memang mampu tengok ja la butik LV ni dari jauh. adehhh. hihi

Unik kan bangunan belakang Zila ni?

Lepas pada tu, kami pun jalan lagi.. Kiranya kami pusing dari bangunan Marina Bay Sands ke Merlion Park.. Nak sampai kat kepala singa tu, memang kami kena lalu tepi2 bangunan yg pelik2. hehe

Haa, kan dah kata.. jalan dua tiga tapak, tengok2 lepas tu kami kena lalu lagi satu laluan ciptaan manusia genius yg sgt pelik tapi cantik. haha. Laluan tu merupakan sebuah jambatan yg diberi nama jambatan Helix.. Maybe sebab bentuk dia macam bentuk helix. alaaa, yg bentuk kat DNA tu kot. hehehe


cantikkan?
darit atas jambatan Helix ni, kami boleh nampak view yang kompem kompen la lawa. hihi 

Gambar kat bawah ni gambar padang bola terapung. dekat stadium..
gambar ni zila amik dari atas jambatan Helix..

   


Ok. kami dah pun melepasi jambatan Helix dari Marina Bay Sands. hehe
Jalan lagiiii.. 
Sampai la depan stadium yg ada pdg bola tu.. 


Gambar bawah ni pulak zila amik dari depan stadium yang dok nampak dari atas jambatan tadi..


Tu la jambatan Helix yg kami lalu tuuu hehe

Okeh, kami pun teruskan lagi berjalan.. 

then kami sampai dekat satu bangunan yg nama dia Esplanade.

Taraaa... sekali tengok macam kulit buah salak pun ado. hihi

 Esplanade..

Haa.. masa dah sampai sini, kami nampak Marina Bay Sands tu dah jauhhhhh dah dekat hujung sana..
hehe. Nak habaq kata kami dah jalan jauh la jugak. hahaha.
Marina Bay Sands dah nampak jauh..

Pastu dekat kawasan ni orang dah start ramai. Mostly pelancong2 la.. kalau yg pakai pakaian sukan, tgh jogging tuu mungkin rakyat SG kot.. Kebanyakkan laluan yg kami lalu td adalah laluan pelancong dan laluan depa dok jogging.. #FitsSingapore katakan. hihi


 Ok, yg ni pulak view bersebelahan dengan Esplanade tadi.. Haaa, nampak dak kepala singa dok pancut ayaq tu??? hehehe. kami nak pi kat ctu la... so, kami kena jalan lagi..

tapi, view dekat depan Esplande ni pun bole tahan gak..
nak tengok dak? hehe

Taraaaaa

Zila & Fath 

orait.. seterusnya.. kami sambung jalan kaki ke Merlion Park pulak.. masa ni dah nak senja dah.. 

Sambil jalan tu sambil snap view Singapore bg penuh memory.. hehe
Bangunan2 pencakar langit
Rehat jap, sakit kaki oi. haha




 
Finally..
Setelah puas berjalan dari 
Tingkat 6 rooftop ---> Marina Bay Sands ---> Jambatan Helix 
---> Stadium ---> Esplanade 

kami pun sampai la dekat Merlion Park . Tapi time ni langit dah gelap. hehehe

Taraaaa

Merlion Park aka Zila panggil tempat ni Kepala Singa hehehe




Dari sini, kami bole tengok view Marina Bay Sands yang sangatttt2 cantik pada waktu malam..

Bayangkan tadi kami dok kat atas tingkat 6 Marina Bay Sands seberang laut sana tu... Betapa pulunnya kami jalan kaki pusing nak sampai belah sini. hehehe. Tapi puas hati, sebab dapat tengok semuaa view cantik2 . hehe. Ala bukan selalu kan. 





Eh ehhh, tengok tuuu ada bulan la. hehe



Setelah puas amik gambar setiap angle pemandangan, beteri handset pulak semakin low, perut dah kruk krukk krukkk umpama singa mengaum, kami pun decide untuk teruskan perjalanan pulanggg ke hotel. cewahhh gittew. 

Haishh rasanya rasa lapar ni dah tak boleh tahan dah ni. kami pun benti sekejap dalam shopping mall sebelah merlion park ni.Cari port yang sesuai. Buka beg. Capai roti gardenia made in Malaysia yang dah terpenyek2 dalam beg ni. Apalagi, isi perut dulu. hehe. Cukuplah sekadar nak alas perut sebelum balik makan kat hotel. Lepas makan, kami terjuling juling mencari signboard arah ke MRT station yg terdekat. Jalan punya jalan (kami memang byk jln, lenguh kaki tu mmg taktau nak habaq laa haha) , dengan malam yg semakin gelap walaupun suasana lampu tgh2 bandar SG ni semakin rancak merlip merlap, tp kami rasa, better kami tanya orang drpd sesat jejauh iyedokk? hehe. Letih siang td pun x hilang lg ni,hehe. 

Tengah berjalan tu, tiba2 rasa macam duduk dekat dunia lain. dah la bangunan tinggi2, lampu pulak kemain meriah. Mostly orang yg lalu lalang dekat area kami jalan tu pakai formal. yang lelaki dgn berkot, berkemeja. Kami berdua ja nampak kontra gila. haha. Masa tu nak dekat pukul 9pm lebih kalau tak silap. Berselisih dgn sorang sistur ni. Kami tanya dia mcm mana nak ke MRT station yg terdekat, dia dgn ramahnyaaa bgtaw kami, siap nak tunjuk jln hantar smpai station lagi. Sembang punya sembang, rupanya dia baru balik kerja dan otw jugak nak balik uma. tudiaaa kemaih noh orang singapore, kerja sampai malam. Sistur ni kata ( sambil tunjuk bangunan2 pejabat yg masih cerah), dia kata org Singapore ni workholic cikit.. Haha, ya mmg terbukti pun. 

Maka, kami pun tiba di Raffles station ( East West Line/ line hijau). Rasanya lebih kurang 15 minit mcm tu ja jalan dari Merlion Park td. So, untuk balik ke hotel, kami perlu turun dekat Bugis Station (East West Line/ line hijau) jugak, so tak perlu tukar2 train sbb satu line ja. tapi kena jalan jauh ckit la nak balik Hotel dekat Aliwal Street.. Kalau nak turun dekat Nicoll Highway station ( Circle line/ line oren) , banyak pulak cara dia. hihi. malas nak amik risiko, maka kami pilih jalan kaki saja.. hehe

Route train( ikut east west line / line hijau)

Raffles Palace ---> City Hall ---> Bugis


Actually, mesti hampa kurang faham kan pasal line kaler2 kat route MRT ni. Route MRT train kat Singapore ni ada 6 kaler kot. hahaha. Biru , Merah, Hijau, Oren, Ungu dan Cokelat . Setiap kaler ni merujuk kpd laluan/route yg train tu akan lalu. Kami pun mula2 tak faham, bila dah naik, just follow ja peta tu. Sangat easy sebab setiap kali berhenti kat mana2 station akan ada suara  merdu sorang perempuan ni akan bgtau kita (emm actually bgtaw kat semua org yg dlm train MRT tu hihihi) kat mana n masa bila kita kena tukar line kalau nak pergi sesuatu tempat lain yang tak lalu line yg sama.. emm kalau nak pergi cni kena turun amik train apa, kena naik line mana, details dia akan cakap. cuma kita kena peka sikit ja. Kalau still dok blurr, memang pusing merata la jawabnya. hehehe . (cakap berdasarkan pengalaman hihi ) Takpa, nama pun jalan2. hahaha. Nasib baik la Tourist Pass tu unlimited ride. kalau dak, jenuh bayaq tiket. hehe.  

Alhamdulillah, naik ja MRT, kurang 30 minit kami dah sampai hotel kami. Masuk bilik, rehat sekejap sambil online, mandi, solat dan makan, baru kami cari katil, hehe. Ya Allah, nikmatnya Allah ja tahu bila dapat landing atas tilam empuk + pasang aircond kuat2 lepas sehari dok bermarathon. haha

Haa, begitu la cerita kami hari ni. malam ni kami tidoq awal sebab nak cas tenaga untuk esok. Yeayyy tak sabaqnyaaaa nak masuk Sentosa. Lepas scroll2 fb, instagram, update mana yg patot, sembang2 sekejap, thenn kami pun tutup lampuuuu bilik. Feeling so sleepy gituu haha

Baru nak pejam mata.

Dah nak terlelap dah pun.

Tiba-tiba,


terdengaq satu suara yang tak merdu mana. hihihi



''Zilaaaaa !!! wei hang jangan lupa set alarm banyak2, jenuh kalau tak jaga awal esok ! haha''

''hehe. Ye cik fath, aku dah set alarm. wekkkk. NIte''


HEHE. Maka habis la cerita hari pertama kami..






Ok guys. terima kasih sudi sbb sudi baca cerita travel kami yang tak seberapa ni. hehe. Inn Sha Allah lepas ni zila update cerita perjalanan kami
 SINGAPORE Trip - PART 2 (DAY 2)
pulak yaaa. Day 2 ni lagiii excited sebab kami ke USS di Sentosa Island. hehe. Thanks guysss  



















No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.