♥ بسم الله الرحمن الرحيم ♥

Tuesday, August 11, 2015

SINGAPORE trip - Part 1 (TIPS)


Assalamualaikum. First sekali, Alhamdulillah syukur sebab diberi peluang dan rezeki oleh Allah untuk pergi travel. Dan travel ke Singapore kali ni adalah travel zila yang pertama keluar dari Malaysia. Kali ni zila berbackpackers berdua ja dgn sahabat yg satu kepala, Fath. hehe





Kenapa pilih Singapore sebagai lokasi pertama luar dari Malaysia?

Kenapa bukan Hatyai, Bangkok, Krabi, Indonesia etc??

Hehe. Jawapannya, sebab nak pergi USS dan pastu tempat2 macam Hatyai, Bangkok  tu zila rasa abah zila mcm tak berapa lepas lagi untuk pergi berdua saja dengan sahabat. So, finally, kami decide nak ke SG. Hehe. Klau hampa nak taw, zila bagitau abah nak pergi backpackers ni lepas dah siap booking tiket flight apa semua. At least, kalau abah tak bagi, boleh la habaq tiket semua dah booking. Hehehehe. Alhamdulillah, bila bg taw abah, abah OK ja. Asalkan pandai jaga diri . heee makaseh abah :)

OK. Sebelum ke SG. Apa kami buat?

Hehe. Macam2 kami buat. Ya la, first time kot nak travel ke luar. Dah la tak biasa kan. Newbies lagi. First sekali, kami decide dlu nak pergi tarikh bila. Kalau taktau tarikh macam mana nak booking tiket, hotel semua tu kan? Finally, kami pilih tarikh 29 Julai hingga 31 Julai. Sebab Apa? Sebab masa tu hari bekerja dan dengan harapan tak ramai orang hehehe. Ni pun salah satu tips jugak hehe.
Then, sebelum pi tu zila dan fath buat la research pasal SG ni. Ada tu bertanya info2 pasal SG kat kawan2 dalam group #BACKPACKERSBUDDIESMALAYSIA, seriously depa semua dalam grup tu sangat2 membantu even tak pernah kenal pun.. Tq guys! Hehe. Dan selebihnya, kami banyak baca blog2 orang dan buka website tourism SG. Dan lepas tu, terbuka la mata sikit pasal SG ni, dan harap2 bila sampai sana kami xdak la peqak terlebih. Hihi. Peqak tu maknanya jakun ya. Hehehe .



1. ATUR JADUAL PERJALANAN PERGI DAN BALIK

KENAPA perlu atur? kata backpackers? Backpackers kan selalu main redah jer... hehe. Ya, betul2. tapi, nak main redah pun, biar la berbaloi sikit. Jangan main redah sampai ada yang terlepas flight. Tak ke naya orang Kedah kata? hehe. Macam kami haritu, kami dah decide nak pergi SG untuk round2 city + masuk USS. So, satu hari untuk round city, satu hari kat uss. Sebab, kalau nak cover dua benda dalam satu hari memangggg takkan sempat. So nak selamat, satu hari satu aktiviti. OK?

ni jadual kami hari tu.

29 Julai 2015
Lepas subuh bertolak dari KLIA2 (kami amik flight paling awal) -----> Sampai Cangi Airport (SG) dalam pukul 9 pagi -----> bergerak cari hotel yang dah booking -----> check in hotel (tengah hari) ----->  round city (dari tengah hari sampai malam) -----> balik hotel rehat dan tidoq

30 Julai 2015
Sarapan -----> bergerak ke Sentosa Island (USS) -----> main dalam USS sampai tutup ( uss tutup pukul 7pm) -----> keluar dari Sentosa Island ------> Terus ke Cangi Airport ------> rehat dekat airport

31 Julai 2015
Balik Malaysia -----> Flight paling awal (lepas subuh) -----> Cangi Airport to KLIA2 


SOALAN : Kenapa tak amik flight malam yang sama, 30hb tu?
JAWAPAN : Risiko untuk terlepas flight tu sangat tinggi. buatnya kita terlewat atau tak sempat keluar dari Sentosa Island ke Cangi Airport malam yang sama, kemungkinan besar akan tertinggal flight. 

So, badan pun memang confirm akan letih lepas main dalam USS tu, rehat la sekejap kat airport sementara nak tunggu flight awal pagi esok. Risiko nak terlepas flight pun kurang la sikit sebab kita dah standby kat sana. hehehe. ok ?


2. FLIGHT KUL <-----> SG

OK. Kami decide nak naik flight sebab rasanya tu lagi mudah, so kami tak perlu ke JB dan pikiaq nak masuk SG dari sana. Dan yang best, kami dapat harga promo. Hehehe. Ok, untuk tiket flight, kami selalu check dekat  


Rasanya dua2 website ni selalu bagi harga murah, hehe. Dan, for me, better beli siap2 tiket return. Senang, nanti tak perlu pikir dah. Ari tu kami naik Air Asia, jd lepas dah booking,kami boleh check in siap2 14 hari sebelum tarikh flight. Mudahkan?


3. HOTEL

Pasal penginapan pulak, zila rasa, yang ni better booking siap2. So, nanti dah sampai sana tak perlu buang masa servey2 harga hotel. Nak cari hotel tu satu hal dah. Hehe. Sekarang kan zaman internet. Semuanya just dihujung jari. Hehe. Ok, untuk penginapan, apa yang zila buat sebelum booking, zila akan research dulu kelebihan/kelemahan hotel tu.  First sekali, mesti la nk hotel yang murah kan. TETAPI murah saja buat apa kalau lokasi dia tak strategik. So, semua aspek kena tengok sebelum nak booking.

Ok, senang cita, kan dah buat research pasal tourism SG, jadi kita dah taw kan kat mana tempat2 menarik. Maka, cari la hotel yang murah dan berdekatan dgn tempat2 menarik tu. Selain tu, cari jugak hotel yang dekat dengan MRT station supaya mudah untuk kita bergerak pi sana sini. Bilik kecil sikit xpa, sebab kita just nak tido sekejap ja, bukan nak bercuti dalam hotel. Hehe. Macam aritu, zila decide untuk stay dekat area Kg Glam. Sebab bila dah wat research, area Kg Glam ni salah satu tempat tarikan pelancong .ok, kat mana nak booking hotel?

Hampa boleh selalu ushar2 website

trivago.com
http://www.trivago.com 

Aritu zila booking melalui Agoda.com sebab bila compare harga, dekat agoda yg paling murah. Hee so yg tu pandai2 la kita decide kan. Lepas dah jumpa hotel yg kita berkenan dan memenuhi kriteria2 yg kita nak, JANGAN lupa satu perkaraaaaaa. Hehe. Pastikan kita servey dulu apa kata orang lain yang pernah stay dekat hotel tu. Kita bole buka website rasmi hotel tu dan buka sekali website Trip Advisor. Sebab dlm website ni kita bole baca review dan respon dari pelanggan depa sebelum ni.hehe


4. TIKET UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (USS)

Haaa, ni satu lagi benda yang palingggggg penting especially yang nak pi USS. Bg zila, ni yang paling penting hehe, sebab ni tujuan utama kami nak pi SG.hehe. ok, lepas mendengar sendiri pengalaman kwn2 yang dah sampai sana, depa nasihatkan kami beli secara online. Sebab lebih murah , lebih mudah dan lebih jimat masa. Boleh je kalau kalau tak mau beli online, tapi sanggup ka nak beratur 1,2 jam dekat kaunter tiket? Haha. Dah la kena beratur panjang, buang masa, pastu lagi mahal.. Adeh, kalau zila memang tak sanggup la.

So, zila cadangkan, beli la tiket online.  Hari tu, kami beli melalui agen tiket. Lepas bank in duit, agen akan send email kat kita. Dalam email tu ada tiket, kita just print out then sampai USS hanya perlu beratur dekat ENTRY dan terussss scan bar code yg ada kat tiket tu, lepas tuuuu terus enjoy. Hehe. Tak perlu susah2 nak beratur beli tiket kat kaunter, pastu beratur lagi sekali dekat ENTRY. Yeayyy jimat masa. Hehe.

Tapi, hari tu kami menyesal banyak tak beli EXPRESS TICKET USSKami beli normal tiket ja. Tapi lepas ni, kalau kawan2 tanya, memang zila akan suggest gila2 beli EXPRESS TICKET walaupun mahal sikit tapi sangat la berbaloi SEBAB masa kat dalam USS tu, nak main satu2 game, untuk normal tiket kena beratur 1-2 jam hahahaha. Sedih gila. Kena banyak sabar kot. Hehe. Kalau beli EXPRESS TICKET, beratur maybe dalam 15-30 minit ja. Huaaa banyak gila beza masa kan.  Masa kami pergi tu hari bekerja, kalau weekends agak2 berapa jam kena tunggu? Adeh. 

Disebabkan tak sempat kejar masa, ada jugak ride yang kami tak sempat naik .USS buka 10am-7pm ja taw.. dengan orang yg ramai, beratur panjang lama2, memang tak sempat la. Kecewa sikit la. Tapi still puas hati. hehe. Conclusion nya, zila merayuuuu kalau tak nak menyesal banyak macam zila, beli la EXPRESS TICKET USS.  Hehehe. Sangat berbaloi2 .


5. MAKANAN

Haaaa, makan. Takkan la tak makan kan masa p travel. HEHE. Sejujurnya, zila dan fath sangat2 cut bajet untuk makan. Sebab apa? Sebab kami bawak makanan dari Malaysia. Hehehe. Zila bawak roti gardenia yang kecik2 tuuuu dalam 10 bungkus + roti gardenia yg slides + mayonis packet. Ni semua utk mkn sebagai alas perut. Manakala Fath pulak bawak maggi cup untuk kami makan 3 hari. Ala. 2,3 hari makan maggi + roti, takkan tak biasa? Hehehe. Emm nak buat macam na, kami nak save bajet. Hehehe. Kalau hampa yg jenis kena makan nasi, kena makan berat2, so kena bajet betul2 la tuk  makanan. Kami ni main hentam saja. Kan fath? Hehe.

AIR. Plizzz plizzzz bawak la botol air siap2. Sbb dalam uss kita boleh refill air. Nak berjalan ni kalau boleh air sentiasa kena ada. Bukan apa, kalau letih dahaga, boleh minum kan. Tak perlu beli botol mineral.. save bajet ckit. Hehe.

BTW, kalau kat sana nanti ada yag nak food hunters ke apa ke, kat area Kg Glam, area Bugis street, Arab Street semua tu makanan halal mudah didapati 


6. DUIT POKET

Tiket flight return dah settle, hotel dah settle, tiket uss dah settle. Semua dah settle secara online. Jadi tak perlu pikir bawak duit untuk bayar semua tu lg. Sekarang pikir yang nak belanja kat sana ja. Masa pergi hari tu, zila dan fath hanya tukar sebanyak RM250 sahaja duit Malaysia. Then, dapat dalam SGD88 duit Singapore.

Cukup ke bawak SGD88 je? Zila kata cukup. Sebab apa? Sebab kami bukan pergi nak shoppingggg hehe. Lain la kalau hampa pergi nak shopping kan, bawak SGD1000 pun belum tentu cukup. Hehehe.
Makan dan save, jadi kami nak guna SGD88 tu untuk apa ?

Untuk
transport masa kat SG sewa locker kat USS.


*TRANSPORT
- Hampa bole beli Unlimited Ride ( Singapore Tourist Pass)
- Sampai Cangi Airport tu dah boleh beli. 
- Boleh naik MRT dan BUS tanpa limit tidak termasuk nak masuk Sentosa Island ok. nak masuk sana kena beli tiket cash SGD4, so kena spare duit tambang siap2 utk ke USS dari Hourbour front Station.
- HARGA: SGD26 untuk dua hari

*SEWA LOCKER DALAM USS
-sangat2 diperlukan untuk backpackers yg bawak beg macam kami ni. 
-locker besar bole share dua beg
-locker free ada, tp just untuk 50minit pertama hehe
-so nak tak nak, kena sewa locker
- HARGA: SGD20 untuk sehari


Jadi, drpd SGD88 tu, kami dah kena cut siap2 duit dalam SGD50 untuk dua benda ni supaya tak lari bajet. Dan duit selebihnya (SGD38) baru guna untuk belanja atau sebagai duit spare in case ada emergency yang memerlukan duit untuk bayar. Satu lagi, ada sesetengah hotel akan minta wang cagaran, tapi duit tu kita akan dapat balik lepas check out. Hehe.








FINALLY, Sebelum ke SG kita dah cover $$$

- Tiket flight return
- Hotel
- Tiket USS
- Duit Poket 

 
So. Berapa ya kami dah habis setakat ni? Oke, jom kira.. yg ni bajet untuk seorang..

Tiket flight KUL-SG = RM52
Hotel = RM73
Tiket flight SG-KUL = RM118
Tiket USS normal tiket = RM155
Duit poket = RM250

*TOTAL SECARA KASAR KOS KE SINGAPORE (setakat ni) RM 646

BTW, kos RM646 ni bukanlah kos bersih kami. Bila dah sampai SG, duit belanja tu tak abes guna pun. hehe. So. sebenarnya kos bersih kami lagi sikit dari jumlah tu (nanti kita kira semula sama2 yer) hehe.

Lagi satu, nak cut lagi bajet, hampa boleh book tiket flight awal2 atau time promo. Macam kami ni, tiket pergi harga promo, tp balik tu harga biasa sebab tu ja yang paling murah ikut masa dan tarikh yang kami nak. hehe


Okeh la, setakat itu saja laa yang zila nak cerita. tapi rileks2, ni baru part1. hehe. Dalam Part2 nanti zila cita lagi perjalanan kami kat sana. okehhh. thanks sebab sudi baca tulisan yang tak seberapa ni . hehehe. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.