♥ بسم الله الرحمن الرحيم ♥

Monday, December 30, 2013

PENANDA WACANA BAHASA MALAYSIA



Assalamualaikum semuaaa . hai , esok nak exam LKM400 yaaa . sama la, zIla pun akan menduduki exam yang sama ngan korang . Ok, entry kali ni zila nak berkongsi sedikit ilmu yang telah diajar oleh pensyarah LKM400 zila , Puan Siti Hasnah .

Sebelum tu , zila nak ucapkan banyak2 terima kasih kat cikgu zila ni sebab selalu beri tunjuk ajar yang sangatttt baik sepanjang satu semester bersama beliau . Tenkiuuuu Cikgu :)


Ok , ilmu yang nak dikongsikan ni berkaitan dengan penggunaan PENANDA WACANA dalam menulis karangan . jOm bacaaaaaa :)



Penanda Wacana

Memetik kata kata cikgu sayaaaa 

" Banyak pelajar tidak mendapat markah yang baik kerana pembentukan ayat yang lemah. Hal ini demikian kerana pembinaan ayat tidak berkesinambungan dan tidak mempunyai hubung kait yang rapat dan mesra. "


i) Penanda permulaan karangan

a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,


ii) Penanda memulakan isi baharu


a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,



iii) Penanda huraian isi karangan

a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini wujud akibat daripada
e) Hal ini bersangkut-paut dengan
f) Hal ini berpunca daripada
g) Hal ini tercetus apabila
h) Hal ini timbul apakala


iv) Penanda memberi contoh dalam karangan

a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti


v) Penanda menghuraikan contoh


a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,


vi) Penanda menutup isi

a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,


vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan

i) malar-malar

viii) Penanda memulakan perenggan penutup


a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,

i) Secara total,

ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza


a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,


x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa


a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........



ok , itulah sedikit sebanyak ilmu yang boleh dikongsikan bersama . Jutaan terima kasih kepada Pensyarah LKM400 USM , Puan Siti Hasnah di atas perkongsian ilmu dan nota ni :)

Akhir sekali kepada semuaaaaaaaa kawan kawan dan kenalan , 



SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR 
SEMESTER 1 dan SELAMAT MAJU JAYAAA !


"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir"


terima kasih kerana sudi membaca . baiii :)








Monday, December 9, 2013

JIKA AKU JATUH CINTA




Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu



Ya Allah…
Jika aku jatuh hati,
izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah…
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhhkanlah ya Allah ikatannya,
kekalkanlah cintanya,
tunjukilah jalan-jalannya,
penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar.

Sunday, December 1, 2013

Di Saat..






Di saat

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang
ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya



Disaat kamu mulai tidak mencintainya
ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya



Disaat kamu mulai bosan dengannya
ingatlah selalu saat terindah bersamanya



Disaat kamu ingin menduakannya
bayangkan jika dia selalu setia



Saat kamu ingin membohonginya
ingatlah disaat dia jujur padamu



Maka kamu akan merasakan erti dia untukmu
Jangan sampai disaat dia sudah tiada disisimu,
Kamu baru menyedari betapa bererti dirinya untukmu




Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari



Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian



Namun yg lebih susah mempertahankan yangg ada
Kerana walaupun tergenggam bisa terlepas juga
Ingatlah pada kata sang pencinta
 “Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini”



Belajar menerima apa adanya dan berfikiran positif
Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun,.




Ketika nafas terakhir tiba,

sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki
Apalagi yang ingin direbutkan
Apalagi yang ingin disombongkan



Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
Jangan terlalu pentingkan diri 
Jangan hanya ingin selalu menang
Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa kepada kita




Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan
Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan
Tak ada dendam yang tak bisa terhapus..


InsyaAllah :)

Thursday, November 28, 2013

Hari Keluarga Kelab Penyayang USM

Assalamualaikum, sedar tak sedar, dah hampir 3bulan saya bergelar pelajar Universiti Sains Malaysia . dan selama itu lah saya tak pernah sekali pun update entry entry berkaitan kehidupan sebagai seorang mahasiswi . hehehe . bukan tak ada ceqita, tapi sebab TERlalu banyak ceqitanya laaa sampai tak sempat nak update. hehe . ditambah pula dengan esaimen esaimen yang bertimbun every week . hehehe . Sebenarnya ada ja masa, cuma kelapangan tu tiada KOT . hehe .

ORITE ! tarik nafas dalam dalammmmm naaa :)

ok, entry kali ni saya nak ceqita pasal Kelab Penyayang USM .
KELAB PENYAYANG USM  adalah antara kelab yang paling aktif di USM . dan saya berasa sangat sangat sangat bertuah kerana dapat menjadi sebahagian  daripada keluarga besar Kelab Penyayang USM ni . Actually, jutaan terima kasihhhhh sangat kepada someone (my senior) yang menarik saya  tuk menyertai kelab penyayang menyayang disayang tersayang ni . hihihihi

Oke . Aktiviti pertama yang dilakukan oleh kelab penyayang pada sidang ni adalah...


jengggg
jennggggggg
jengggggggggggggggg !

hehe

HARI KELUARGA KELAB PENYAYANG

kat mana haaa ?

rilex rilex . nak habaq la niiii .

oke, aktiviti ni dijalankan di atas puncakkkkkkkkkkkkkkk

BUKIT BENDERA , PULAU PINANG 

wahhh , macam best je macam best je :)

memang best pun , sebab happening sangat . semua sporting sporting termasuklah YDP(abg ngah),NYDP (abg Sam n kak Sha) dan jugaa barisan MT dan EXCO&PE yang bertungkus lumus nak adakan aktiviti ni . tak lupa juga time tu, mantan YDP sidang lepas pun mai join ( Along Hafizie ) . Haaa ! tak lupa jugaa . MPP usm pun join taw . sapa sapa ? MPP PPSK, abg Hazwannuddin . support kelab penyayang katanya ! hehehe :)


okeee. dah la tu pot pet pot pet . jom tengok gambaqqqq pulak :)

actually ni ja gambaq yang saya ada, sebab semua gambaq2 yang lain ada dalam camera orang lain yang belum di copy paste . hehehehe . tak pa tak pa , ada jugakkkk . hehe


gambar kenangan depan Penang Hill :)
ehh , cer cari mana saya ? hehehe


pemandangan dari atas :)






masa ni otw nak naik Penang hill dah :)




dalam tren  . OMG gayatttttt . haha




oriteeeeeee 
dah sampai atas puncak dah . yeayyy


hai Malaysia ! HAHA









gambar ngan abang Hazwannuddin, MPP usm  :)
ahaiii , tingginya saya . hehe :P






Aktiviti bermulaaaaaaaa !








hehe . abes dah aktiviti ..
lepas settle semua AKTIVITI tu kitaorang makan makan n jalan jalan sekejap 
 lepas tu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
habis dah laaa . hehehe :)

jom balik .

BYE uollssss :)




tenkiuuuu kepada semua yang menjayakan Hari Keluarga Kelab Penyayang USM 13/14 dengan jayanyaaa :)

nanti kita pi jalan jalan lagi naaaaa naaaa naaaaaa .
hehe

LIKE PAGE KELAB PENYAYANG USM DI SINI :)





Wednesday, November 27, 2013

Andai masanya belum tiba, jangan izinkan aku jatuh cinta



Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu...

ameen

Friday, September 20, 2013

AKU BERISTIKHARAH DALAM MENCARI CINTA SEJATI . INSYAALLAH .

Assalamualaikum . hai semua . 

Cinta sejati, semua orang inginkannya . termasuklah aku . Dalam kita sibuk mengejar ilmu dunia dan akhirat , jangan pernah lupa berdoa agar kita semua menemui cinta sejati dan abadi di dunia ini . Amin . 

Dalam diam aku terus mendoakanmu.
Semoga Tuhan sampaikan isi hati ini melalui doa yang 'khas' kutitipkan buatmu,
dengan caranya yang terindah . InsyaAllah. Amin .

~ AZILAH AZIEL ~



ISTIKHARAH CINTA


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a


Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman



Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata



Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu



diistikharah cinta..