Kali ni, nak bercerita tentang pengalaman manis yang dilalui . mungkin biasa pada pandangan orang lain, tp bagi aku, kenangan ni akan aku ingat sampai bila bila . Sebab ni la pengalaman pertama aku berkunjung ke rumah anak anak yatim dan bermesra dengan mereka. Sebelum ni, kalau buat kerja kebajikan pon, kat masjid, kat kampung2 . Oke , sebenarnya program yang ak sertai ni program under KELAB PENYAYANG USM13/14 . tenkiu kelab Penyayang sebab anjurkan program macam ni .
Dekat rumah anak yatim ni laa aku berkenalan dengan seorang adik ni , nama dia Siti Solehah, umurnya 13 tahun . Mula mula tu, dia malu malu . Tanya sepatah pun jawab sepatah . hehe . Yala, aku pon kalau orang tak kenal, segan jugak kan . tapi lepas tuuu lama lama malu dia dah hilang . Kami mula bersembang . Macam macam dia tanya aku , nama ofcuz la dia tanya . belajar apa kat u , asal mana , umur brapaaa , dah ada boipren ka belom , ehh adik ni haha n byk lagi laa. hehe . Pastu, aku pon tanya jugak diaaa byk soalan.. Dia pon cerita , dekat rumah anak anak yatim tu dia duduk tiga orang, dia ada adik lagi dua org .. dia cerita pasal family dia , masa dia cerita tuu emm sayu dalam hati aku ni , tapi aku cuba tahan, control sgt sebab nanti kalau aku sedih, dia mesti lagi sedih .
Entah kenapa, aku rasa happy sangat dapat kenal dia . Mungkin sebab aku takdek adik.. Dia baik, sopan santun..manja. hehe. Dia panggil aku Kak Zila . hehe . Ak suka sangat orang panggil aku kakak . Rasa macam aku ada adik adik . hehe walaupun bukan adik kandung..
Bila aku dah kenal dia, dengar cerita dia.. Allahu, aku rasa sayuu . Aku mula muhasabah diri aku.
Allah,
Begitu besar nikmatMu padaku. Aku bersyukur sangat sangat Ya Allah..
Begitu besar nikmatMu padaku. Aku bersyukur sangat sangat Ya Allah..
Aku masih punya ibu bapa yang mencintaiku,
keluarga yang menyayangiku dan
insan insan sekeliling yang mengasihiku.
Sedangkan,
Ada insan yang telah rasa peritnya kehilangan
rasa sakitnya perpisahan
dan
rasanya nyilunya kerinduan yang terpaksa ditanggung
rasa sakitnya perpisahan
dan
rasanya nyilunya kerinduan yang terpaksa ditanggung
Allah,
Aku rasa bahagia,
bahagia dapat hiburkan hati mereka walaupun sekejap cuma.
Sekurang kurangnya masih ada tawa yang kedengaran dan
masih ada mata yang bersinar keriangan..
Masa nak otw balik tu , perasaan ni jadi lagi sedih.. Bila adik Soleha peluk aku dan cium pipi aku..
''Akak, nanti datang la sini lagi. Soleha sayang kak Zila"
Allahu.. Aku pun sayang dia.. Cepat betul Allah hadirkan perasaan syg ni, mungkin sebab dia ni istimewa bg aku, walaupun baru pertama kali bertemu..
InshaAllah adik . Akak janji . Bila ada kesempatan lagi, akak akan pergi lagi kat sana. Memang niat hati ni, nak pergi lagiii..
Semoga Allah makbul niat hati aku ni. Amin--
Aku dengan Adik Soleha :)
Nota dari adik Soleha tuk kak zila :)
Gambar ramai ramai :)
Kita selalu rasa kita yang paling susah,
sedangkan ada lagi yang lebih susah hidupnya berbanding kita
Kita selalu rasa kita adalah orang paling banyak terima ujian dari Allah
sedangkan ada orang yang ujian hidupnya lebih besar lagi dari kita..
Bila kita di atas, ingat masih ada lagi insan yang di bawah
Bila kita senang, ingat itu semua rezeki dari Allah
dan bila bila masa saja Allah berhak tarik nikmat tu..
Sesungguhnya aku juga manusia biasa, tak lepas dari melakukan kesilapan..
Sama sama kita perbaikinya.InshaAllah..
Allah, maafkanku-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.